Hiburan

Tiada Paksaan Untuk Bekerja Demi Duit, Anak Anzalna Nasir Seronok Jadi Duta & Model - “Kalau Mereka Tak Nak, Biarkan Saja”

gempak
Asyikin Mayudin
31/12/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Paksaan Untuk Bekerja Demi Duit, Anak Anzalna Nasir Seronok Jadi Duta & Model - “Kalau Mereka Tak Nak, Biarkan Saja”
Pelakon Anzalna Nasir berkongsi video memperlihatkan dua orang anak lelakinya iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan menjadi duta serta model iklan untuk beberapa buah jenama terkenal.

Tak paksa

Menerusi perkongsian di Instastory, Anzalna berkata dia tidak pernah memaksa namun anak-anak lelakinya sendiri yang memilih untuk melakukan pekerjaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Kecewa Beli Buah, Dapat Raspberry Busuk & Berkulat! Mujur Anak-Anak Tak Sempat Makan - “Seriously? Eiw! Kenapa Perlu Jual”

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Nasir Terbuka Kongsi Kehidupan Peribadi Di Laman Sosial - “Itu Cuma 10 Peratus ..."

“Eidrees dah jadi duta jenama sejak umur setahun, jadi dia sudah biasa dengan kemera. Emirhan pula baru nak mula tahun ini, jadi dia masih nak belajar.

“Bekerja dengan kanak-kanak tak selalunya mudah. Kita tak boleh paksa mereka demi duit. Kalau mereka tak nak, biarkan saja.

“Alhamdulillah, semalam Emirhan sendiri yang pilih untuk ikut kami buat photoshoot,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan, kedua-dua anak Anzalna sedang menjalani penggambaran untuk sebuah jenama pakaian sempena hari raya tahun hadapan.

Kenangan bermakna

Pada perkongsian yang sama, bekas dewi remaja ini turut memberitahu pengalaman menjadi duta dan model itu juga menjadikan memori yang sangat bermakna buat anak-anaknya.

“Gembira sangat sebab ini semua kenangan waktu mereka kecil,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Eidrees dan Emirhan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024