Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta mengumumkan bantuan yang mencukupi bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara pada ketika ini.
Menurutnya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, akan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas bersara.
"Ada banyak kemudahan diumumkan kepada mangsa banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional menawarkan pinjaman mudah RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun.
"Kerajaan sudah sediakan kemudahan ini. Jika apa yang disediakan ini digunakan, insya-ALLAH ia boleh membantu mangsa banjir," katanya pada sidang akhbar di Masjid Al-Muttaqin, pada Ahad.
Pada Mac lalu, kerajaan meluluskan pengeluaran khas KWSP menerusi i-Sinar dengan had pengeluaran antara RM10,000 hingga RM60,000 bagi mengurangkan impak pandemik.
Pada Ogos tahun ini pula, kerajaan mengumumkan pengeluaran khas kedua menerusi i-Citra dengan had pengeluaran RM5,000.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bera itu berkata, kerajaan keberatan meluluskan pengeluaran khas ketiga kerana ramai pencarum kini memiliki jumlah simpanan yang terlalu sedikit untuk persediaan hari tua mereka.
Foto , Sumber: Sinar Harian
Mya Amri
Sun Dec 26 2021

.jpg?ext=.jpg)
Seputar Selasa: Ellie Suriaty & Azri Bercerai Selepas 19 Tahun, Mira Filzah Tidur 1 Jam Je? Siapa GF Sufian Suhaimi? Lofa Takut Lipas?
Terlepas cerita hari ini?
.jpg?ext=.jpg)
Victoria Beckham Kata Trend Badan Kurus Sikap Kuno: “Wanita Sekarang Mahu ….”
Victoria Beckham yang terkenal dengan citarasa fesyen tinggi mengatakan sikap wanita moden yang menilai kecantikan sudah berubah.

Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”
Langgar ke tolak pagar?

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega
Kaki karok confirm suka!

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!
Sewa & strim sekarang!

Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Ruhainies nak fokus kerjaya.

“VVIP Makan Tepi Jalan?”- Layan Laksa Kampung Baru, Datin Paduka Eina Azman Dipuji Ramai! Humble Betul!
Eina juga tanpa berkira terus memberi...

Yuna Sedih Anak Saudara 17 bulan Meninggal Akibat Covid-19 Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa
Innalilah...

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.