Tiada Penyingkiran Konsert Pertama GV8! Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi Manakala Datuk Fazley….
Seperti yang dijangka, tiada sebarang penyingkiran untuk konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menyaksikan kesemua bintang GV membawakan lagu kepunyaan masing-masing.
Walau bagaimanapun, mengikut penjurian Aliff Aziz muncul sebagai bintang dengan markah tertinggi iaitu 74.60 peratus.
Datuk Fazley pula menjadi bintang dengan markah terendah iaitu hanya sekadar 53.60 peratus
Berikut merupakan lagu yang dibawa bintang GV8 pada konsert pertama berserta markah.
- Aliff Aziz - Sayang Sayang (74.60%)
- Adibah Noor - Terlalu Istimewa (73%)
- Bandi Amuk - Akar & Bumi (71%)
- Nikki Palikat - Caramu (68.20)
- Aweera - Romancinta (66.80%)
- Suki Low - Terlalu Mencintaimu -( 66.2)
- Saiful Apek & Yassin - Aspalela & Cari Tapak (59.9%)
- Shidee - Semuanya Sudah Terlambat - (59.8%)
- Upiak Isil - Tak Tun Tuang - (59.3%)
- Ani Maiyuni - Sedap - (57.4%)
- Azan Scan - Kau Dipaksa Aku Terpaksa - (54.7%)
- Nico - Inilah Nasibku - (54%)
- Datuk Fazley Yaakob - Asmara Ini - (53.60%)
Kesemua persembahan bintang diadili oleh juri professional Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS (Tok Ram) dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Konsert turut dimeriahkan dengan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Untuk rekod, juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.
Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.