Zon Lawak

Tiada penyingkiran, MLM 2016 Umum Empat Juri Tetap

gempak
Ahmad Shah
29/01/2016
19:29 MYT
Sponsor Banner
Tiada penyingkiran, MLM 2016 Umum Empat Juri Tetap
Tiga kumpulan yang mendapat undian terendah iaitu Awok, Enjen dan Bora menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran yang berlaku di minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2016.
Bertemakan ‘Bebas’, lima belas kumpulan berjaya membuktikan program MLM masih diterima ramai selepas berjaya diumumkan ‘Trending’ menerusi laman Twitter.
Sebelum itu, hos Datuk AC Mizal tampil mengumumkan empat juri tetap iaitu Shaheizy Sam, Bunga Citra Lestari, Najip Ali dan Ziana Zain untuk mengadili para peserta selama 14 minggu.
Kumpulan Lol yang dianggotai oleh Angah, Tauke dan Ajak berjaya membuktikan mereka mempunyai gandingan serasi selepas berada di tangga kedua senarai kedudukan undian terkini di belakang Bocey.
Malah kumpulan LOL mendapat pujian barisan pihak juri yang berpuas hati dengan idea persembahan yang bersahaja tetapi menghiburkan.
Lebih istimewa, Najip Ali yang diberi penghormatan menjadi juri tetap untuk kali kedua berjaya menghidupkan suasana minggu pertama MLM 2016 dengan kata-kata semangat dan komen membina terhadap para peserta.
Dengan tiadanya penyingkiran di minggu pertama, 15 kumpulan akan kembali memberi saingan sengit untuk tidak tersenarai dalam zon penyingkiran.
Maharaja Lawak Mega 2016 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk mendapatkan info terkini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live