Suami kepada pelakon dan penyanyi Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz tampil memberi kenyataan ekoran ketidakhadiran ke sebutan permohonan cerai yang difailkan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya hari ini.
Menurut Hafiz, dia telah memaklumkan pihak mahkamah berkenaan ketidakhadirannya terlebih dahulu.
Dia juga tidak mahu mengulas lanjut tentang isu berkenaan.
"Isu tidak hadir ke mahkamah ini saya telah berurusan dan memaklumkan melalui surat terlebih dahulu dengan pihak mahkamah berhubung ketidakhadiran saya pada tarikh tersebut.
"Oleh itu tidak ada perkara yang ingin saya ulas tentang isu ini," katanya menerusi sebuah kenyataan media.
BACA: “Susah Dihubungi, Tidak Mahu Berbincang Dengan Baik” – Lufya Akui Empat Bulan Digantung Tak Bertali
Dalam pada itu, Hafiz mengatakan dia telah melaksanakan tanggungjawab dan mahu menyerahkan isu rumah tangganya kepada pihak mahkamah yang mampu memberi penyelesaian.
"Dakwaan gantung tak bertali dan lain-lain dakwaan dari pihak tersebut, itu kena tanya pihak plaintif sendiri kerana dia yang membuat dakwaan kepada pihak media, jadi dia yang kena jelaskan.
"Sepanjang yang saya tahu, saya sudah laksanakan tangggungjawab saya. Isu ini melibatkan rumahtangga kami dan pihak plaintif dah failkan kes perceraian di mahkamah, kita serahkan kepada mahkamah untuk selesaikan isu rumah tangga kami ini," tambahnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.
Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.
Turut kelihatan menemani Lufya sepanjang prosiding hari ini ialah rakan selebriti, Heliza Helmi dan Zulin Aziz.
Asraf Aided
Wed Oct 16 2019


“Satu Job Saya Cancel, Selesaikan Yang Mana Penting Dahulu,” - Amir Raja Lawak Tak Tamak, Percaya Pada Rezeki
Patutlah Amir selalu murah rezeki...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 8
Akim berterusan memberi semangat kepada Mira yang kemurungan.

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 8
Di hari nak berikan rakaman tape itu kepada Phoebe, Ejoi ternampak Phoebe jumpa teman lelakinya, Jason. Ketika itu, Ejoi nampak Phoebe dikecewakan. Ejoi teman Phoebe di waktu sedih.
![[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib [VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/4_9.png?ext=.png)
[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib
Selamat hari lahir!
_2.png?ext=.png)
“Tak Boleh Tengok Diri Saya Di Cermin” - Meerqeen Diserang Depresi Kerana Watak Drama
Kesian Meerqeen

Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Takziah buat keluarga...
![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.

Peraduan Gempak Most Wanted

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!