Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Tiada Rezeki…”- Isteri Fitri Haris Alami Keguguran

Syafiqah Jalal 26/03/2020 | 01:11 MYT
Hasrat penyanyi nasyid Fitri Haris menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila isterinya keguguran, Januari lalu.
Memetik laporan BH Online, Fitri reda dengan ketentuan Ilahi dan menyifatkan rezeki masih belum berpihak kepada mereka.
“Apabila dimaklumkan isteri saya hamil, saya sangat teruja. Tidak sabar mahu memiliki bayi kerana anak saya daripada perkahwinan lalu sudah berusia 16 tahun.
“Tetapi hendak buat macam mana, tiada rezeki apabila isteri mengalami keguguran, Januari lalu.
“Cuma saya tidak berkongsi berita itu dalam media sosial. Doakan moga kami diberi rezeki pada masa hadapan," katanya kepada BH Online.
Disember lalu, Fitri mengumumkan dia bernikah dengan pengurusnya, Fazilah Omar. Bagaimanapun, Fikri merahsiakan tarikh sebenar dan lokasi majlis pernikahan itu.
Sumber: BH Online
#Penyanyi #Keguguran #Penyanyi #Fitri Haris
;