Polis mengesahkan pendakwah terkenal Ebit Lew mendapat kebenaran untuk memberi sumbangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik laporan Astro Awani, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah itu untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Dalam pada itu, tiada sebarang kertas siasatan akan dibuka terhadap pendakwah itu.

Polis juga menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP.

Pada Jumaat, Ebit Lew dipanggil memberi keterangan berikutan reaksi orang ramai berhubung tindakannya memaparkan aktiviti kebajikannya ketika PKP.





Sumber: Astro Awani