Laman Utama
"Tiada Siapa Pun Mahu Pilih Perpisahan..." - Drama Apa Lagi Rossa Sera, Shuk?
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Rossa Sera kembali mencuri perhatian di media sosialnya.
Melalui beberapa hantaran di Instagram Stories, Sera seakan-akan berkongsi luahan perasaannya tentang perhubungan.
Seperti tersakiti, kata Sera hubungan yang dimaksudkan itu seakan-akan telur di hujung tanduk.
"Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini. Sakit sangat.
"Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi. Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran.
"Ingat, jangan sebab kamu dicintai, disayangi, dimaafkan kamu memperlakukan hidup orang sesuka hati. Dia pun ada hati dan perasaan. Doakan semoga urusan Sera dipermudahkan," katanya.
Tambah Sera, anak-anak tetap menjadi penguat jiwanya biarpun berdepan dengan maki caci orang ramai.
"Anak-anak lah penguatku. Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah-wajah kecil ni.
"Orang caci aku, maki aku sebab maafkan kau panggil aku b*d*h, tak ketat sampai suami cari lain aku hadam je tapi kenapa sanggup buat lagi," tambahnya.
Sera juga berkongsi tangkap layar kiriman mesej yang difahamkan telah dikirimkan dari suaminya, Shuk.
"Sayang sangat sebab peluang tu tak pernah dihargai. Mempersendakan, perasaan dan hati yang sanggup memaafkan kamu.
"Kepada si dia yang juga seorang wanita, terima kasih untuk semua rasa sakit ini. Aku harap kau tak lalui rasa sakit yang aku rasa ini sebab kau tak akan sanggup berdiri di sini," getusnya.
Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan itu menjadi buah mulut ramai apabila Shuk didakwa menjalin hubungan gelap dengan wanita lain.
Sera bagaimanapun memaafkan Shuk biar beberapa kali kantoi.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!