Hiburan
"Tiada Tempat Nak Pergi, Tapi..." - Yusry Titip Ucapan Istimewa Buat Hari Lahir Lisa Surihani
Aktres jelita Lisa Surihani menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 hari ini.
Bersempena itu, suaminya pelakon dan pengarah Yusry Abdul halim telah menulis ucapan istimewa buat isteri kesayangannya itu.
"Selamat hari lahir sayang, tarikh hari lahir awak kali ini jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, tiada tempat untuk kita pergi dan tiada banyak perkara yang boleh dilakukan.
"Tetapi, dari sudut positif, kita berdua dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan sebaiknya di rumah kerana tidak bekerja.
"Semoga awak memperoleh kebahagiaan hari ini dan seterusnya, saya juga berharap akan menjadi yang terbaik untuk awak, saya sayang awak, selamat hari lahir yang ke-34," tulis Yusry menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Yusry yang turut menulis ucapan istimewa buat Lisa di ruangan komen.
Rata-rata mereka turut mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini.
"Semoga terus bahagia hingga ke Jannah, pelihara rumah tangga dengan sebaiknya.
"Selamat hari lahir sis cantik.
"Selamat hari lahir Lisa, semoga sentiasa diberkati Allah," tulis netizen.
Imbas kembali, Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.