,
Hiburan

Tiada Unsur Tarikan Seksual, Sasqia Dahuri Anggap Babak Berkemban Adalah Seni - “Sebaliknya Ingin Menggambarkan Perasaan…”

Asyikin Mayudin
19/09/2024
09:55 MYT
Menganggap tiada unsur tarikan seksual, pelakon Sasqia Dahuri berkata babak berkemban dalam filem terbaharu lakonannya, Tafakur bukan untuk menarik perhatian penonton ke pawagam.

Sentuhan seni

Bagaimanapun Sasqia atau nama lengkapnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri, 39, berkata babak tersebut merupakan sebahagian sentuhan seni daripada pengarah karya berkenaan, Feisal Azizuddin.

“Bagi saya babak berkemban itu adalah seni buat pengarah filem bebas (indie) seperti Feisal. Itu adalah pertama kali saya membawakan watak berkemban.

“Walaupun saya bertindak sebagai penerbit bersama bagi filem ini, tetapi saya ingin tegaskan babak tersebut bukan bertujuan untuk melariskan filem.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Video Menari Berkemban, Jual Produk Sambil Terkangkang, Nonny Tampil Muat Naik Video Mandi Pula

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Tak Nak Kaya Tapi Nak Bebas Sihir, Mahu Jodoh Dikirim Allah - "Aku Reda Tak Dapat Jodoh Di Dunia, Kahwin Tak Boleh Dipaksa"

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Seakan ‘Berkemban’, Sharifah Sakinah Terima Komen Jijik - “Dapat J*lat Kau Ini…”

“Kalau kita tonton babak itu bagi saya tiada unsur tarikan seksual. Sebaliknya ingin menggambarkan perasaan kekecewaan seseorang apabila kepercayaannya dikhianati,” katanya.
Setelah lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri, Sasqia mengakui ini merupakan kali pertama dia melakukan babak berkembang yang memaparkan dirinya dimandikan aktor Syazani Zikry.

Bimbang tidak dibenarkan

Awalnya berasa bimbang jika babak tersebut tidak dibenarkan dan dipotong oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), Sasqia memberitahu, dia telah berbincang dengan pengarah dan membuat beberapa pertimbangan sebelum bersetuju untuk melakonkan babak berkenaan.

“Saya ada merujuk pengarah untuk menjayakan babak itu. Kami ada berbincang dan saya tanyakan kepada dia adakah babak ini akan berjaya?

“Bagi saya setiap keputusan akhir itu bergantung kepada pihak LPF dan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Apabila dimaklumkan tiada masalah, jadi pada saya tiada masalah,” katanya.

Cabaran

Menganggap babak tersebut sebagai cabaran, Sasqia memberitahu pada awalnya dia ingin melakonkan babak itu sambil menangis.
“Setelah berbincang pengarah kata, babak itu ingin menunjukkan saya ini seperti orang yang putus harapan dan keliru dengan apa yang berlaku.

“Babak ini juga menggambarkan keadaan individu yang mengalami masalah tekanan mental. Pada saya isu kesihatan mental ini berat dan boleh berlaku kepada sesiapa saja,” katanya.

Selain Sasqia dan Syazani, filem terbitan Feisk Productions dan Stelo Infotainment itu turut dibintangi oleh Luqman Hafidz dan Amylia Aidura.
Tafakur akan memulakan tayangan di pawagam bermula 19 September depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Padu! Berkat Resipi Ibu & Rezeki PKP, Gerai Sasqia Dahuri, Kelate.SG Di Singapura Diserbu

gempak
24/02/2021
04:20 MYT
Dia hanya menjual 3 menu popular dari Kelantan
Hiburan

"To Be Honest Masa I Kena Balut Tu My Heart Pounding So Fast & I Rasa Lemas .." - Sasqia Dahuri

gempak
25/03/2019
04:09 MYT
Hiburan

"Tipulah Kalau Saya Cakap Tak Sedih" - Sasqia Dahuri

gempak
27/02/2019
07:03 MYT
Hiburan

Sasqia Dahuri Belum Fikir Soal Cahaya Mata

gempak
20/02/2019
19:24 MYT
Hiburan

"Saya Penat Travel" - Sasqia Dahuri Kongsi Pengalaman Lepas Kahwin

gempak
18/02/2019
05:05 MYT
Unitar