“Tiada Yang Baru, Saya Pernah Menjadi Mangsa…” - Aziz Harun
Asyikin Mayudin
21/11/2024 03:25 MYT
21/11/2024 03:25 MYT
Menganggap bukan perkara yang baru, penyanyi Aziz Harun sekali lagi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Laporkan berita palsu
Aziz atau nama sebenarnya Abdul Aziz Harun menerusi Instastory, menegaskan dia tidak akan dipenjarakan seperti yang didakwa berita itu.
Malah penyanyi berusia 25 tahun ini juga memohon semua pihak melaporkan berita tersebut memandangkan ibu bapanya dalam ketakutan.
“Tiada yang baru, saya pernah menjadi mangsa tajuk berita palsu sebelum ini. Tetapi yang ini pasti mengambil perhatian. Saya tidak akan dipenjarakan tetapi jika anda melihat iklan penipuan ini sila bantu laporkan.
“Selamatkan ibu dan ayah saya daripada ketakutan. Sayang kamu semua, terima kasih,” kongsi Aziz Harun.
Berhenti tanya
Pada perkongsian yang sama, penyanyi kelahiran Brunei itu turut menafikan dakwaan dia menggunakan bitcoin dan meminta semua orang berhenti bertanya perkara tersebut.
“Saya tidak menggunakan bitcoin. BERHENTI BERTANYA,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Foto Disunting Jadi Mata Lebam & Tangan Bergari, Alif Satar Harap Netizen Tak Mudah Terpedaya - “Kita Berada Di Zaman Fitnah”
Terdahulu, penyanyi Alif Satar Alif Satar meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang menyunting gambarnya untuk tujuan menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Alif atau nama sebenarnya turut memuat naik paparan skrin memperlihatkan gambar dirinya dalam keadaan bergari dan mata lebam yang telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menganggap perkembangan teknologi masa kini satu perkara yang bagus, Alif bagaimana pun berkata ia telah disalahgunakan oleh segelintir pihak dengan bertujuan untuk menjatuhkan imej seseorang.