"Tiap-Tiap Malam Bangun Solat Tahajud & Hajat, Untuk ...." - Tauke Kongsi Kisah Sebelum Masuk MLM 2018

Rozaimi Zubaidi
Oktober 19, 2018 08:25 MYT
Pelawak Tauke mengakui sukar untuk membuat keputusan memilih pasangan pelawak bagi menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018).
Menerusi entri di Instagram (IG), Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria mengakui ramai orang takut untuk berpasangan dengannya dalam satu kumpulan.
"Salam toq, haritu @manrajalawak meluahkan perasaan beliau nak partner dengan gua. Tiap-tiap malam bangun tahajud dengan solat hajat.
"Alhamdullilah ramai tanya gua sapa partner gua untuk #maharalawakmega2018 so dengan rasminya inilah jejaka yang berjaya menawan hati gua sebab yang lain takut nak partner dengan gua.
"Jadi bila Tauke campur dengan Man bersamaan #taman kalau tanya gua knapa namakan taman tunggu up lagi nanti jangan lupa toq ya bermula 2 november ni," tulisnya.
Selain Taman, MLM 2018 turut disertai oleh Abata, Joras, Kiut, Masin, Abioso, Zero, Chilok, Dany Beler, Hilmy Ashley, Bocey, Shiro, Puteh dan 2B.
MLM 2018 akan bersiaran bermula 2 November ini pada pukul 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.
#Pelawak #Tauke