Hiburan

Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."

Muhammad Firdaus
11/05/2024
03:55 MYT
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi.

Mahu Fokus Perkara Lain

Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bisnes berbanding seni.
"Bila dah tertunda dua tahun tu rasa macam nak buat perkara lain dulu lah. Untuk tahun ini saya nak fokus tentang Tiarasa Escapes (Resort) dan Dream Forest, selepas tu baru saya fikir yang lain.
"Kalau tak, nak buat satu persembahan tu ambil masa setahun setengah fikir pasal teater itu sahaja. Dan sebab itu saya tak boleh buat perkara-perkara lain," ujarnya.

"Saya tak pernah katakan tidak...

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Tiara Jacquelina Eu Effendi, 57, ketika ditemui di majlis Raya In Rainforest di Tiarasa Escapes Glamping Resort, Janda Baik, Pahang, tidak menolak kemungkinan untuk kembali mengadakan pementasan tersebut.
"Tapi saya tak pernah katakan tidak untuk kembali mengadakan pementasan itu, mungkin tiba-tiba ada mood nak buat, saya akan buat, tapi mungkin dalam bentuk atau medium yang berlainan," kongsinya lagi.
Berkongsi perkembangan terbaharu, Tiara mendedahkan perancangannya untuk membuka cawangan kedua resort Tiarasa Escapes dan Dream Forest pada hujung tahun ini.
"Tahun ini dan tahun hadapan saya sedang fokus untuk Dream Forest di Langkawi dan juga Tiarasa Escapes. Jadi kami merancang untuk membuka cawangan kedua Dream Forest dan juga Tiarasa jika tidak pada hujung tahun ini, mungkin pada tahun hadapan," katanya.

BERITA TRENDING:Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak

Sekadar info, teater Puteri Gunung Ledang sebelum ini dibatalkan selepas pihak penerbit mengambil keputusan membatalkan persembahan berkenaan selepas meneliti pelbagai aspek pementasan.
Pihak penerbit turut mengembalikan bayaran pembelian tiket kepada peminat-peminat susulan pembatalan tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.