Gaya Hidup

Tiba Giliran LE SSERAFIM Untuk Berkolaborasi Dengan Casetify

Izwan Isa
21/02/2024
12:55 MYT
Sebelum ini, beberapa kumpulan K-Pop popular seperti BTS, Twice, BLACKPINK dan juga Aespa pernah berkolaborasi dengan Casetify.
Dan kini, tiba giliran LE SSERAFIM untuk dimasukkan ke dalam senarai kolaborasi bersama pengeluar kerangka pelindung telefon bimbit popular dunia tersebut.
Dilancarkan sempena album mini ketiga mereka iaitu Easy, pelbagai rekaan menarik dilihat bertepatan dengan konsep kumpulan yang dianggotai oleh Kim Chaewon, Sakura, Huh Yunjin, Kazuha dan Hong Eunchae itu.
Selain untuk jenama model iPhone, kolaborasi LE SSERAFIM bersama Casetify turut ditawarkan untuk telefon bimbit jenama Samsung, dan aksesori untuk AirPods dan iPad.
Dalam masa sama, koleksi ini turut menampilkan kerangka pelindung kulit istimewa dengan permukaan metalik perak.
LE SSERAFIM melancarkan Easy pada 19 Februari lalu. Album mini tersebut mengandugi lima buah trek iaitu Good Bones, Easy, Swan Song, Smart dan We Got So Much.
Maklumat lanjut mengenai kerangka pelindungi LE SSERAFIM x Casetify boleh didapati di https://www.casetify.com/co-lab/le-sserafim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Pestle & Mortar Clothing Mengorak Langkah Ke Hadapan Menerusi Kolaborasi Bersama Jenama Aksesori Antarabangsa!

gempak
09/06/2024
07:25 MYT
Jenama pakaian tempatan popular, Pestle & Mortar Clothing melangkah setapak ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama bersama Casetify.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Laman Utama

Jenama Casing Handphone Kegemaran Selebriti & Influencer, Casetify Disaman

gempak
25/11/2023
09:55 MYT
Casetify disaman
Artis Korea

Isu Buli: Hybe Akhirnya Tamatkan Kontrak Eksklusif, Kim Garam Bukan Lagi Anggota LE SSERAFIM

gempak
20/07/2022
14:58 MYT
HYBE dah tamatkan kontrak dengan Kim Garam.