Penyanyi popular Hollywood, Beyonce didakwa telah melanggar protokol diraja apabila tiba lewatdi acara tayangan perdana filem The Lion King di London beberapa hari lalu.

Memetik laporan Elle, Beyonce dianggap melanggar protokol diraja kerana tiba di acara itu selepas ketibaan keluarga diraja England, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle.

"Beyonce didakwa melanggar protokol kerana tiba selepas Meghan dan Putera Harry di acara itu.

"Putera Harry dan Meghan berjalan dihadapan pasangan selebriti tersebut, namun begitu, jarak mereka tidaklah begitu jauh.

"Ada juga pihak yang mempertikaikan mengapa Beyonce dan Jay-Z menerima sorakan yang lebih meriah berbanding Meghan dan Harry, namun itu bukan salah mereka,"
tulis sumber.

Walaubagaimanapun, rata-rata peminat Beyonce seakan memaafkan kesalahannya itu kerana dia telah bertemu dan berbual mesra bersama Meghan dan Putera Harry di majlis tersebut.

Beyonce terlibat menyumbangkan suaranya untuk watak Nala dalam filem terbabit.

The Lion King telah mula menjengah pawagam di seluruh negara bermula semalam.

Sumber : www.elle.com