Kurang daripada 24 jam, filem Zack Snyder's Justice League bakal ditayangkan secara eksklusif secara On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.

Filem ini pastinya paling dinanti-nantikan peminat DC Comics selepas kemunculan versi pertama pada tahun 2017 lalu.

Biarpun mendapat pujian daripada peminat terutama daripada aspek aksi dan kesan khas yang diarahkan oleh Whedon, namun penonton nampak gayanya masih ‘dahagakan’ sentuhan magis pengarah asalnya, Zack Snyder..

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ratanya-ratanya tidak sabar kerana versi ini dikatakan lebih epik daripada sebelumnya.

“Confirm lagi power kali ni, yang penting lebih dark daripada sebelum ni”

“18 Mac weh memang aku nak cuti tunggu Zack Snyder's Justice League”

“Tiba masanya balas dendam guys! Ayuh Zack Snyder's Justice League,” tulis beberapa netizen.


Sehubungan itu, untuk tidak mengecewakan ramai, DC Comics menerusi HBO membawa Justice League versi Zack Snyder terus ke pawagam rumah anda.

Zack Snyder's Justice League bakal ditayangkan secara eksklusif bermula esok (18 Mac) secara On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO

Sekadar info, Justice League pada awalnya diarahkan oleh Snyder, namun atas masalah keluarga dia terpaksa mengundur diri lalu digantikan dengan Whedon.

Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill (Superman), Gal Gadot (Wonder Woman), Jason Momoa (Aquaman), Ezra Miller (The Flash), Ray Fisher (Cyborg) dan ramai lagi.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)