"Tiba-Tiba Dapat Bunga & Belon Masa Tengah Shooting" - Saharul Ridzwan Terima Surprise Ulang Tahun Perkahwinan Dari Isteri, Sweetnya!

Asraf Aided
September 16, 2018 08:40 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 29, telah menerima kejutan sambutan ulang tahun perkahwinan dari isterinya, Deena Emir.
Menerusi sebuah entri di Instagram, Saharul menceritakan kejutan itu telah dirancang dengan baik oleh Deena.
"Selalunya isteri akan gagal kalau nak buat 'surprise', tapi kali ini menjadi pula, tiba-tiba dapat bunga dan belon masa tengah 'shooting', malu saya, terima kasih sayang," tulisnya.
Pada masa yang sama, Saharul turut memberi 'hint' mahukan seorang anak perempuan di penghujung kapsyen tersebut.
Saharul mulai muncul sebagai finalis Hero Remaja pada tahun 2012 dan meneruskan kariernya sebagai pelakon menerusi drama dan telefilem tempatan sehingga kini.
#Saharul Ridzwan