"Tiba-Tiba Semangat Pulak Dengar Lagu Ni" - Netizen Teruja Bila Zizi Kirana Tukar Lirik Lagu Sokong Harimau Malaya

Kamaruddin Razal
Disember 12, 2018 08:09 MYT
Single terbaru penyanyi Zizi Kirana, Siapa Yang Bap Bap mula tular apabila dinyanyikan oleh skuad Harimau Malaya semasa meraikan kemenangan mereka menewaskan Thailand di peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Bersempena perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam yang berlangsung malam tadi, Zizi mendedikasikan lagu tersebut kepada pasukan Harimau Malaya.
Menariknya, Zizi menyanyikan semula lagu tersebut dengan lirik yang berbeza untuk menaikkan semangat wira negara.
"Siapa yang dap dap... Malaysia. Siapa yang bap bap... Malaysia. Siapa yang hebat... Malaysia. Siapa yang juara... Malaysia. Zizi sokong skuad Harimau Malaya, siap sedia ekor Harimau Malaya.
"Nak habaq malam Ini, malam ini... Harimau Malaya kasi pusing, kasi pusing. In the field tetap fokus dalam satu visi...
"Vietnam biar nangis peluk bantal guling... Meledak macam C4, macam C4... Harimau Malaya kasi mantap, kasi mantap... Selamanya, semangat Malaysia boleh, pasti boleh... Vietnam, jangan kasi bawa ole-ole," tulis Zizi di ruangan kapsyen.
Rata-rata peminat teruja mendengar versi baru lagu terbabit dan memuji kesungguhan Zizi yang memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan negara.