Pelakon kanak-kanak, Jay Nazif berkongsi pengalaman menyeramkan apabila diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran filem Mulut Masin.

Menurut Jay atau nama sebenarnya, Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi, 12, kejadian tersebut berlaku ketika menyempurnakan babak di sebuah tanah perkuburan yang terletak di Kemensah, Ampang, Selangor.

"Ketika itu ada penggambaran di kubur pada pukul 1 pagi. Tiba-tiba salah seorang daripada kami ternampak satu mahkluk berwarna putih di sebatang pokok sebelum ghaib.

"Tak lama kemudian, lembaga itu muncul di belakang kami sebelum semua lampu pencahayaan untuk penggambaran di set terpadam secara tiba-tiba," katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Jay lagi, situasi tersebut menyebabkan dia dan rakan-rakan melarikan diri dari kawasan perkuburan.

"Masa itu hanya kami pelakon kanak-kanak yang nampak. Pada mulanya, kru produksi tak tahu pun kami nampak makhluk halus, mereka sangkakan kami hanya takut berada di kubur.

"Selepas itu, baru kami ceritakan dan mereka pun terkejut," katanya.

Menurut Jay lagi, dia berada di tanah perkuburan tersebut sehingga pukul 4 pagi bagi menghabiskan salah satu babaknya dalam filem Mulut Masin.

Selain Jay, filem yang mendapat sentuhan pengarah, Razaisyam Rashid itu menampilkan barisan pelakon kanak-kanak, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman selain As'ad Motawh selaku teraju utama.

BACA: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Mulut Masin

Nakshah yang mengangkat genre keluarga, komedi dan seram itu turut menampilkan pelakon berpengalaman lain seperti Datin Maria Farida, Lan Pet Pet, Farahdhiya, Aloy Paradoks dan Khatijah Tan.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Jadi, jangan lupa saksikan Mulut Masin yang boleh ditonton bermula 19 November di pawagam rumah anda!

Naskhah tersebut boleh ditonton menerusi Astro First (saluran 480) selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Dengan langganan serendah RM15 sahaja, penonton berpeluang menonton filem tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.