Tiba-Tiba Terkait Isu Scammer, Zulin Aziz Naik Angin! - "Aku Kenal, Pergi Rumah Dia Masak-Masak, Main Dengan Anak Je"

Amri Hassan
Oktober 16, 2020 07:50 MYT
Pengacara Zulin Aziz naik angin apabila dirinya dikaitkan dengan individu yang difahamkan terbabit dengan sindiket penipuan seperti yang didakwa netizen.
Tegas Zulin, perkenalannya dengan individu terbabit atas dasar kawan dan tiada kena-mengena dengan urusniaga lain.
"Bodoh manalah yang fitnah tak habis-habis ni.Aku dah rimas dengan komen tak habis-habis pasal scammer. Apa kena mengena dengan aku?
"Kalau aku kenal pun jadi apa isunya dengan masalah dia? Aku tak ada buat bisnes mahupun kaitan dengan gejala sosial yang lain. Aku pergi rumah masak-masak, main dengan anak-anak dia.
"Lainlah aku sahabat sehidup semati, duduk serumah ke apa. Ni nak jadi saksi pun tak layak sebab aku bukan selalu pun. Aku kenal je. Bangkai betul perangai sensorang. Haih," kata Zulin.
Tambah Zulin, tindakan memfitnahnya itu dianggap melampau dan tidak masuk akal.
"Dahla masih dalam siasatan, tak tahu betul ke tak, dah jatuhkan hukum sendiri. Kalau fitnah macam mana? Dosa fitnah korang ni lagi teruk dari dosa mereka agaknya.
"Sebarkan benda yang sahih dan bukti selepas dari siasatan. Bukan tengah jalan siasatan semua dok buat pandai. Masalahnya orang tak ada kena-mengena pun korang kaitkan.
"Aku sakit hati betullah. Tolong tag aku yang mana satu fitnah tu. Aku kena betulkan keadaan dan ambil tindakan.
"Korang ni naik lemak! Ingat diri tu Tuhan ke? Ingat awak tu baik sangat sampai semua orang nak dihentam.
"Korang carilah aku di akhirat. Aku takkan ampunkan walau sepatah fitnah pun ke atas aku. Aku dah angin sangat dah ni. Melampau-lampau.
"Jaga-jaga ya. Aku sedang perhati netizen mulut lahar. Kau nak lahar kalau aku ada salah aku tak kisah, tapi jangan fitnah orang! Bodoh betul!" kata Zulin lagi.
#Viral #Zulin Aziz #Viral #Scammer