HIBURAN
Tiba-Tiba Ramai Mengaku Kelantan Sebab Nadhir Nasar - “Salam Saya Dari Kota Kinabalu, Kelantan”
Ungkapan pelakon Nadhir Nasar yang mahu berkahwin dengan gadis Kelantan dalam sebuah video telah berjaya menarik perhatian peminat dan warganet.
Menerusi sebuah perkongsian video di TikTok Sooka, pelakon siri Project: High Council itu dilihat sedang melakukan sesi soal jawab pantas.
Ketika ditanya mengenai jodoh, pemilik nama Ahmad Nadhir Ahmad Nasar itu secara berseloroh berkata mahu berkahwin dengan orang Kelantan.
“Nadhir nak jodoh dari negeri mana?
“Kelantan,” kata Nadhir sambil tersenyum.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mula mengakui mereka merupakan orang Kelantan susulan mahu berjodohan dengannya.
“Saya la si kelantan tu , korang diam.
“Tiba tiba jadi orang Kelantan.
“Salam saya dari Kota Kinabalu, Kelantan.
“Tiba tiba bangga jadi ore kelate🙈
“Abe nadhir nok make gapo hari ni.
“Salam kenal nadhir,,from Ampang Kota Bharu Kelantan,” kata netizen.
Pada masa sama, ada juga netizen mendakwa Nadhir memberikan jawapan tersebut kerana sudah mempunyai buah hati yang berasal dari negeri Pantai Timur itu.