Laman Utama

“Tiba-Tiba Sayu Rasa” - Elyana Mohon Doa, Jalani Radioterapi Bahagian Hati Dan Pinggul

gempak
Mya Amri
27/07/2021
03:32 MYT
Sponsor Banner
“Tiba-Tiba Sayu Rasa” - Elyana Mohon Doa, Jalani Radioterapi Bahagian Hati Dan Pinggul
Penyanyi, Elyana memaklumkan dirinya kembali menjalani rawatan radioterapi.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Elyana memberitahu dia bakal memulakan rawatan radioterapi untuk bahagian hati dan pinggul hari ini.
“Esok (hari ini) dah mula radioterapi bahagian liver dan pinggul. Malam ini tidur hospital sorang-sorang. Tiba-tiba sayu je rasa.
“Kebetulan dah empat hari saya tak cukup tidur sebab sebelah badan sakit. Tak tahu kenapa tapi saya jangka itu angin yang dah tangkap saraf.
“Doakan radioterapi saya kali ini berjalan dengan lancar dan semoga saya kuat,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat juga mendoakan kesejahteraan Elyana.
Untuk info, Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu mengakui kanser sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal peha.
Dengan berat badan sekitar 35 kilogram pada 16 Jun lalu, Elyana telah menjalani sebanyak 10 sesi radioterapi.
Elyana sebelum ini membuat pendedahan mengekut tentang penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live