Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Tidak Bawa Anak-Anak Ke Tempat Umum, Nadya Syahera Lebih Berhati-Hati Selepas ...

Zulaikha Yusof 29/01/2020 | 00:53 MYT
Pelakon Nadya Syahera menyatakan dia mengelak untuk keluar ke tempat yang terdedah dengan orang ramai bersama anak-anaknya, Aleena Rose dan Mohamad Dayyan.
Jelas Nadya dia berasa takut selepas kejadian dua orang kesayangannya terpaksa dimasukkan ke hospital selama 10 hari pada bulan lepas.
BACA: “Influenza Negatif, Tapi Dayyan Kena...”- Anak Nadya Syahera Kena Tahan Wad Kerana...
"Saya jadi lebih takut nak bawa anak-anak keluar dari rumah. Memang akan berasa kasihan bila lihat asyik terperuk saja, takut mereka bosan.
"Bila dah keluar, saya takut terdedah dengan virus atau wabak yang sedang melanda sekarang ini. Saya tak tahu tahap antibodi anak-anak saya.
"Walaupun sebelum ini mereka jarang untuk jatuh sakit tapi lepas kejadian 10 hari dimasukkan ke hospital, saya jadi lebih berhati-hati.
"Saya cuba elak untuk bawa mereka ke pusat membeli belah ataupun tempat orang ramai. Bukan setakat mereka, dengan saya sekali duduk di rumah jika tidak bekerja.
"Jadi untuk kurangkan rasa bosan, saya belikan mainan kegemaraan mereka di samping dapat menghabiskan masa bersama," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah pelakon drama Dia Semanis Honey mendedahkan dirinya terpaksa meneruskan penggambaran selain membiarkan suaminya, Fizul Nawi menguruskan anak-anak sepanjang berada di hospital.
"Hari pertama mereka ditahan di wad adalah hari pertama saya menjalani penggambaran. Jadi, tidak ada pilihan saya tetap kena teruskan.
"Saya bernasib baik dikurniakan seorang suami yang bekerja sendiri jadi tidak terikat dengan masa.
"Sepanjang 10 hari itu memang banyak yang dia tolong jagakan. Saya akan ambil alih pada waktu malam sejurus usai penggambaran.
"Suami saya pulak akan pergi menguruskan perniagaannya. Memang masa tu saya penat sangat dengan tak cukup tidur. Bukan senang nak jadi ibu bapa ini terutamanya bila anak jatuh sakit," ujarnya lagi.
Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2016 dan perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Fizul.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia tiga dan dua tahun.
#pelakon #Pelakon #Nadya Shayera
;