Gaya Hidup
Tidak Bersetuju Tempoh Cuti Bersalin 90 Hari, Pereka Kasut & Beg Christy Ng Dikecam Netizen
Pereka kasut dan beg terkenal Christy Ng menerima kecaman wargamaya apabila tampil tidak bersetuju dengan usaha kerajaan untuk menaikkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari.
Menerusi laman sosial Twitter, kicauan yang bermula daripada sebuah wawancara Bajet 2020 menerusi Astro Awani itu membincangkan isu cuti bersalin yang akan naik pada tahun 2021. Hasil daripada wawancara tersebut, Ng menegaskan cuti selama 90 hari untuk ibu yang baru bersalin adalah terlalu lama dan boleh menyebabkan masalah kepada majikan.
Memetik laporan itu juga, dia turut merasakan pekerja wanita yang mengambil cuti terlalu lama boleh menyebabkan masalah kepada majikan yang meletakkan pekerja berkenaan di kedudukan yang tinggi.
“Bulan ketiga sepatutnya ditukar menjadi waktu kerja fleksibel yang dipersetujui supaya majikan tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja gantian semasa seseorang mengambil cuti bersalin, selain rakan pejabat tidak rasa terbeban,” tambahnya kepada Astro Awani.
Hasil tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pendapat Ng dan berasa kecewa kerana isu itu bangkit daripada mulut seorang wanita.
isnt this the same christy ng that rips the designs of other fashion brands for her handbags? https://t.co/N6BApHzsQm— ameera (@ilsorareema) October 11, 2019
I don’t have expect a lot of traction on this - but this is purely a warning to other people & creatives out there. Beware of Christy Ng. She has terrible work ethic & is disrespectful. Ripped off my idea & went to someone else to shoot it - without even letting me know. https://t.co/I6UZ41F7U0— Raisa Azzam (@raisa_azzam) October 12, 2019
Just watched Christy Ng’s interview, she sounds like your typical, selfish, workaholic boss who tries to shove her own ways down everyone’s throats. Her way or the highway.— نايلي ابدول (@illuminayli) October 12, 2019
Does Christy Ng have children ? A lot of my mum friends (and @aliwong ) told me maternity leave is not really for the baby- but the mother. Your body goes through a lot, big changes in your lifestyle, you’re emotional too. So I think it’s fair that mothers get 90 days. We need to— Shamaine Othman ✊? (@shamaineothman) October 11, 2019
Christy Ng ni pernah fight for feminism ke lol. She's a capitalist opportunist through and through. Dia tak fight for feminism. Dia fight for akaun bank dia je.— إ م نفر أ مر لابل (@santeira) October 12, 2019
Malah, ada juga yang mahu memboikot jenama kasut dan beg tempatan itu dan mahu menjual kembali koleksi beg dan kasut Christy Ng yang dimiliki.
Terdahulu, jenama beg dan kasut Christy Ng mula mendapat perhatian ramai selepas berkolaborasi dengan selebriti wanita popular seperti Syatilla Melvin dan Yuna.
Must-Watch Video