Covid-19

“Tidak Boleh Balik Kampung Sambut Ramadan…Memang Tidak Boleh!” – Ismail Sabri

Fiza Kamarudin
16/04/2020
23:00 MYT
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melarang orang ramai pulang ke kampung Ramdan ini, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga dilaksanakan.
Beliau berkata, larangan itu sudah dilaksanakan sejak PKP fasa satu dan dua sebelum ini iaitu, tidak dibenarkan pergerakan rentas negeri.
Oleh itu katanya, Ramadan ini juga masih tertakluk pada undang-undang sama.
“Bermakna, pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh,” katanya kepada pemberita pada sidang media harian di Putrajaya, petang Khamis.
Selain itu Ismail Sabri turut menegaskan bahawa PKP fasa ketiga yang bermula semalam sudah diwartakan dan pihak polis mempunyai kuasa untuk membuat tangkapan pihak yang melanggar arahan. Terdahulu tular penyebaran berita palsu mendakwa PKP fasa ketiga tidak diwartakan dan mendakwa polis tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.
“Sekali lagi diingatkan, kerajaan memandang serius penularan berita palsu. Dua hari lalu ada pihak mendakwa PKP fasa ketiga tidak diwartakan sedangkan jelas ia sudah diwartakan.
“Itu berita palsu dan kita akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar berita tersebut,” tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.