Penyanyi, Misha Omar akui tiada istilah persaingan vokal untuk Konsert Soul Sisters yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 April depan.

Kata Misha, dia tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan dua lagi penyanyi hebat yang terlibat iaitu Siti Sarah dan Noryn Aziz kerana mereka memiliki keserasian antara satu sama lain.

“Sebelum ini berada di dalam zon selesa, maknanya apa sahaja yang berlaku kita akan bertanggungjawab sendiri.

“Tapi kali ini berbeza, bila digabungkan bertiga itulah tanggungjawab yang diberikan, tidak boleh ‘selfish’ dan tidak ada istilah mahu menyerlah.

“No such thing, jadi apa yang perlu ada adalah kebersamaan sebab itu namanya Soul Sisters,” katanya ketika ditemui Gempak.

Soul sisters concert. 5&6 April 2019. Tickets are available at www.airasiaredtix.com/soulsisters. See you there ???❤

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on


Tambah Misha lagi, ketiga-tiga mereka juga sudah pun memahami karakter masing-masing.

“Soul Sisters ni akan gagal kalau satu atau dua sahaja yang menyerlah, jadi kita mesti bersama.

“Lebih-lebih lagi sewaktu menyanyi bersama, saya sendiri tidak boleh fikirkan orang yang sesuai melainkan mereka berdua.

“Sebab kami sudah ada keserasian itu dan mereka pun faham dengan karakter masing-masing, karater suara dan juga tahu tanggungjawab dalam menjayakan sesebuah persembaham,” ujarnya.

Saksikan gabungan mantap mereka di atas satu pentas yang bakal menjanjikan ‘kuasa’ luar biasa kepada penonton.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM755, RM555, RM355, RM255 dan RM155 boleh ditempah menerusi laman web www.airasiaredtix.com.