Hiburan

Tidak Dapat Bayaran Konsert Sepenuhnya, Ziana Zain Bakal Saman Penganjur

gempak
Rozaimi Zubaidi
27/01/2017
10:13 MYT
Sponsor Banner
Tidak Dapat Bayaran Konsert Sepenuhnya, Ziana Zain Bakal Saman Penganjur
Penyanyi Ziana Zain menjelaskan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur Konsert High Note iaitu DME Entertainment, Segitiga Asia dan CMPagro.
Ziana atau Siti Roziana Zain, 49, berkata, ini kerana pihak penganjur masih tidak menyelesaikan lagi 50 peratus daripada baki bayaran untuk persembahannya di konsert itu tahun lalu.
"Setelah melakukan perbincangan bersama dua lagi rakan artis iaitu Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter kami bersetuju untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya.
"Pihak kami juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak penganjur tersebut.
"Namun perkara ini saya serahkan kepada pengurus kerana dia yang menguruskan hal persembahan dan berkaitan dengan kerjaya saya.
"Dia juga telah mengingatkan kepada saya supaya memberi fokus kepada perniagaan dan nyanyian kerana dia akan uruskan segalanya berkaitan dengan konsert itu," katanya kepada Astro Gempak.
Ziana ditemui pada majlis pelancaran portal beli-belah Section 1 yang diadakan di White Box, Publika di sini pada Selasa.
Terdahulu, Konsert High Note telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 25 November tahun lalu yang menyaksikan persembahan hebat daripada Ziana, Jaclyn dan Azlan.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live