Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tidak Hanya Di Media Sosial, Azhar Sulaiman Akui Tegur Leona Di Rumah - “Takkanlah Saya Nak Marah Leona Jerit Semua Macam…”

Izwan Isa
19/06/2023 07:50 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan, teguran yang selalu dititipkan buat anaknya, Kasih Iris Leona bukanlah satu hal yang sengaja dilakukan secara terbuka.

Aktor filem Abang 92 itu berkata, apa yang dikongsikan di sosial media sebelum ini merupakan satu hal yang tidak serius dan dianggap sekadar hal yang ringan untuk netizen.

BACA: Panggil Anak Sendiri Bodoh, Azhar Sulaiman Dikecam Netizen - "Dia Ni Takda Whatsapp Ke?"

“Saya pemain media sosial, Leona pemain media sosial. Saya pula memang suka komen pelbagai isu… politik, isu semasa dan hal-hal industri. Macam-macam topik. Jadi Leona antara topik yang muncul.

“Kalau ada perkara yang saya nak marah atau tegur, akan ada dua. Satu kita tegur di rumah dan yang saya share di media sosial tentulah sesuatu yang tidak begitu serius dan ringan… for public consumption.

“Takkanlah saya nak marah Leona jerit semua macam mana kita marah kat rumah, kita marah kat media sosial. It’s not nice lah,” kata Azhar kepada Gempak.

Dalam pada itu, Azhar berkata, media sosial bukanlah tempat untuk membunuh atau menyakitkan orang.

BACA: "Kalau Dada Saya Kecil, Saya Yakin Saya Pakai Apa Pun Semua Tak Akan Peduli" - Leona

“Media sosial adalah platform untuk beri manfaat kepada anak perempuan saya dan semua orang.

“Apa yang saya kongsi saya tegur diri saya dan keluarga saya,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Leona kerap menjadi sebutan dalam kalangan netizen apabila kerap memuat naik gambar dan video mengenakan busana seksi di laman sosial.

#Azhar Sulaiman #Marah #Kasih Iris Leona