“Tidak Ku Pinta Jadi Begini…”- Suami Kongsi Perubahan Jadi Wanita, Isteri Setia Terima Seadanya
Syafiqah Jalal
18/02/2021 04:02 MYT
18/02/2021 04:02 MYT
Tular baru-baru ini seorang suami mendedahkan dirinya kini sudah berubah menjadi wanita dan dalam masa yang sama isterinya masih setia bersama dan menerima seadanya.
Kisah peribadinya itu dikongsi dalam akaun TikTok milih lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Abe Pink.
Ia mengejutakn ramai warganet kerana ia jarang berlaku di kalangan masyarakat apabila seorang wanita bersuaminya seorang lelaki tetapi berpenampilan seperti wanita.
Menurut Abe Pink yang berasal dari Kelantan itu, ia merupakan ujian dirinya kerana mempunyai keinginan menjadi wanita.
“Tidak ku pinta punya keinginan begini, tak ku pintak jadi begini…Kenapa diri ini yang perlu lalui semua ini.
“Bawa aku kembali menjadi insan yang sempurna.. kenapa diri ini yang diuji,” keluhnya.
Luahan itu dikongsi lelaki tersebut di akaun TikTok miliknya. Menerusi video tersebut, Abe Pink itu setia ditemani isterinya yang dilihat menerima seadanya.
Tidak segan silu, Abe juga berkongsi perubahannya dari lelaki sebenar sehingga kini yang sudah berubah personality sebagai wanita.
“Gambar sebelum jadi lelaki cantik…” tulisnya.
Pun begitu, Abe Pink dilihat masih bahagia bersama isterinya yang dikenali sebagai Yana.
Malah pasangan tersebut dilihat telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini. Difahamkan pasangan ini mempunyai seorang anak.
Entri tersebut mendapat perhatian warganet yang meminta dia kembali ke fitrah.
“Semoga Abe kembali ke fitrah. Hargailah isteri Abe yang setia menanti,” komen salah seorang netizen.
“Saya doakan agar awak berubah ke azali,” doa salah seorang pengikutnya.
“Semoga kesetiaan dan kasih sayang isteri Abe menjadi asbab Abe kembali menjadi hampa Allah yang diredai,” tulis salah seorang warga maya.