Tidak Lagi Bersama Wan Ariff, Afifah Nasir Tayang Teman Lelaki Baharu... Eloknya!

Zulaikha Yusof
Februari 18, 2020 03:27 MYT
Pelakon Afifah Nasir, 27, mencetuskan persoalan apabila memuat naik sekeping foto bersama seorang jejaka kacak di Instagram (IG) miliknya.
Lelaki yang tinggi lampai itu dikenali dengan nama Syed Adil.
Foto kenangan itu dikongsi sempena menghargai kehadiran Syed semasa ulang tahun kelahirannya pada 15 Februari lalu.
"Hanya dengan satu pandangan, itu saja yang diperlukan untuk berada di tempat kita sekarang.
"Terima kasih kerana buang segala-segalanya untuk memastikan awak dapat menghabiskan sepanjang hari pada hari lahir saya, memanjakan saya," tulisnya sebagai kapsyen.
Status itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut termasuk rakan artis.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang perasan lelaki tersebut bukan lagi Wan Ariff Wan Azhar yang dahulunya adalah teman lelaki Afifah.
Terdahulu, nama Wan Ariff menjadi sebutan netizen apabila mempertahankan Afifah ketika terpalit dengan kontroversi bersama penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Bella Astillah pada tahun 2017.
BACA: Wan Ariff Contoh Lelaki Sejati, Setia Disisi Afifah
Bella menemui Aliff bersama Afifah di sebuah pusat karaoke di Cheras dan perkara itu menimbulkan kontroversi.
#Afifah Nasir #Teman Lelaki Baru