Berita
“Tidak Lama Lagi, Awak Akan Jadi Bapa Kepada Malaikat Kecil Yang...”- Ardell Aryana Mahu Suami Lebih Dewasa
Pelakon Ardell Aryana mula menyedari dia dan suami Nadzmi Adhwa bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Ardell berharap suaminya bersedia dan menjadi lebih matang untuk menerima kehadiran ahli keluarga baru mereka.
“Kita tidak akan selamanya terus bergini bermain dan tertawa bersama, bila tiba saatnya nanti kita pasti akan terpisah .. tapi doa dan bekalan amalan insya-Allah akan menemukan kita semula.
“Tidak lama lagk, awak akan jadi seorang ayah pada malaikat kecil yang akan beri sinar dalam hidup awak dan kebahagiaan pada awak.
“How time flies .. awak dah semakin dewasa dan semoga terus dewasa suami .
“Alhamdulilah , may Allah bless you always ! Moga Allah murahkan rezeki awak , beri kesihatan yang baik pada awak , dan moga awak bahagia sampai bila-bila,” tulisnya.
Ardell berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rakaman videonya bersama Nadzmi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut teruja menanti kehadiran cahaya mata mereka.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu dan Ardell kini sedang hamil anak sulung.