Tidak Mahu Anak-Anak Terbeban Sekiranya Sesuatu Tidak Diingini Berlaku Pada Anda? Lakukan Penamaan KWSP Sebagai ‘Wasiat’ Kepada Waris Anda Sekarang!
Gempak
16/12/2022 12:30 MYT
16/12/2022 12:30 MYT
Benar, kematian ada satu perkara yang tidak boleh dielakkan, semua manusia yang hidup bakal merasai mati. Namun tahukah anda ada satu perkara yang kita dapat elak iaitu untuk tidak membebankan ahli keluarga selepas kematian anda nanti, sebaliknya lebih meringankan beban mereka.
Bagaimana caranya? Begini, satu langkah terbaik telah dilaksanakan oleh KWSP kepada semua ahlinya untuk membuat penamaan ke atas simpanan KWSP setiap ahlinya.
Hal ini bertujuan untuk membolehkan KWSP mengeluarkan simpanan ahlinya yang meninggal kepada orang yang dinamakan untuk menguruskan.
Siapa Yang Layak Buat Penamaan
Penamaan dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas, Warganegara Malaysia atau penduduk tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998). Antara kepentingan penamaan adalah seperti berikut:
- Memudahkan proses pengeluaran
- Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan documen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/ Mahkamah
- Memudahkan penama untuk menguruskan simpanan anda
Langkah- Langkah Penamaan
Penamaan mestilah dibuat menggunakan Borang KWSP 4 dengan mengemukakan salinan Kad Pengenalan atau pasport ahli dan salinan dokumen diri semua penama. Borang penamaan hendaklah dihantar oleh ahli dan diterima oleh mana-mana Pejabat KWSP berhampiran semasa hayat ahli.
Antara Dokumen Yang Diperlukan
Warganegara
- Salinan kad pengenalan awam atau kad pengenalan Malaysia (MyKad) atau kad pengenalan tentera
- Kad pengenalan polis dan surat majikan (menyatakan nombor kad pengenalan polis dan nombor kad pengenalan awam merujuk kepada orang sama)
- Salinan dokumen pengenalan diri penama
Pemastautin tetap
- Kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR)
- Salinan dokumen pengenalan diri penama
Bukan warganegara
- Salinan pasport
- Salinan dokumen pengenalan diri penama
Daftar & Kemas Kini Penamaan KWSP
Sudah pasti, anda akan merasa gembira dengan tindakan yang dilakukan tersebut, ini kerana anda mahukan kesejahteraan masa depan keluarga anda dalam keadaan baik.
Oleh itu, daftar penama anda hari ini demi kesejahteraan anak-anak anda. Daftar atau kemaskini di mana-mana cawangan KWSP. Anda juga boleh menyemak penamaan anda dalam i-Akaun secara atas talian atau melalui aplikasi mudah alih i–Akaun KWSP.
Untuk lebih mudah, anda juga boleh klik di sini sekiranya mahu membuat penamaan simpanan KWSP.
KWSP membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik. Untuk mengetahui lebih lanjut layari https://www.kwsp.gov.my/ms/home