Penyanyi Lia Aziz berharap agar penglibatannya dalam Big Stage 2022 dapat mengembangkan lagi karier nyanyian selain memberi cabaran terhadap dirinya untuk menyanyikan lagu genre berbeza.

“Sebenarnya saya memang gementar kerana saya merupakan antara peserta yang kurang experience. Mereka yang lain ada banyak pengalaman, pernah bertanding di pertandingan yang besar-besar sedangkan saya hanya baru dua tahun dalam industri.

“Saya pergi ujibakat sekali sahaja dan tak sangka terpilih untuk menyertai program ini. Sejujurnya, saya tidaklah meletakkan sebarang harapan tetapi saya mahu mencuba yang terbaik dalam Big Stage 2022,” katanya.

Dalam pada itu, Lia atau nama sebenarnya Nuraliah Farzana Abd Aziz, 19, turut menyifatkan Big Stage 2022 sebagai platform terbaik untuk memberitahu audiens yang dia boleh menyanyikan lagu lain selain Kucu Kuca.

“Betul, ramai antara pendengar muzik tempatan yang kenal saya hanya dengan lagu Kucu Kaca sahaja. Kemudian, mungkin ada yang beranggapan saya hanya mampu membawakan satu genre lagu sahaja.

“Jadi, penyertaan dalam Big Stage merupakan masa yang sesuai untuk mencabar diri saya sendiri menyanyikan lagu berentak lain,” katanya lagi.

Selain Lia, 10 lagi peserta ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Tuah Adzmi, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Syafiq Abdilah dari Brunei dan Tegar Septian (Indonesia).

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai kembali sebagai juri tetap manakala Alif Satar dan Sherry Alhadad kekal sebagai pengacara.

Konsert mingguan akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 6 Febuari ini.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​