Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tidak Malu Berniaga Di Kantin Sekolah, Fazreen Rafi Bangga Ada Katering Sendiri

Elrafaei Sapi
13/04/2018 06:28 MYT
Pelakon berbakat besar, Fazreen Rafi berusaha menimba ilmu bisnes di kantin sekolah sebelum bersedia membuka katering sendiri.

Meskipun, dia mula berniaga di kantin sekolah, dia tetap turun padang memantau bisnesnya itu.

"Masa itu saya nak belajar mengenai F&B (food and beverage). Pesan ayah jika nak buka restoran memang payah tapi kantin dah ada pelanggan mudah untuk saya belajar cara bisnes.

"Sekarang ini memang mempunyai perancangan buka katering untuk majlis perkahwinan. Saya dah mula dengan maksimum 300 pax tetamu kemudian akan ditambah kepada 1,000 pax," katanya kepada Astro Gempak.

Di sebalik kesibukkan berlakon dan bisnes, Fazreen juga mengakui kehidupannya kini semakin bahagia bersama isteri dan empat cahaya mata.

"Alhamdulillah. Anak sulung sudah berusia 6 tahun, yang kedua 4 tahun, 3 tahun dan setahun," katanya.

Mengenai perkembangan seni, Fazreen baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri, Pengantin 100 Hari bersama produksi Suhan Movies & Trading.

"Menariknya, selepas dua hari habis penggambaran drama tersebut, isteri saya pun bersalin jadi saya pun pantang 100 hari," katanya.

Fazreen kali ini membawa watak abang kepada heroin, Aishah Azman yang bergandingan bersama pelakon utama, Aiman Hakim.

"Cabarannya macam biasa, tidaklah berat sangat untuk drama ini, watak ‘simple’ iaitu abang yang bersikap terlalu menjaga adiknya," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak

#Fazreen Rafi
;