Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

Tidak Melatah! Abang Siti Jamumall Perjelas Kontroversi ‘Main’ Dengan Aiman Tak Kesah

Asyraf Roslan 16/05/2025 | 02:55 MYT

Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall, iaitu Abiejam tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung salah faham yang timbul antara dirinya dengan adik iparnya, Aiman Tak Kesah.

Penjelasan itu dibuat selepas tular satu kenyataan Aiman sebelum ini yang mengatakan dia perlu "berlaku adil dan bermain dengan Abiejam" pada waktu pagi sebelum menceraikan isterinya dengan talak dua.

Kenyataan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan mencetuskan salah faham.
Tidak melatah dengan soalan netizen, Abiejam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin menjelaskan bahawa perkataan ‘main’ yang dikeluarkan oleh Aiman itu sebenarnya adalah mengenai emas.
“Kenapa Aiman kata dia kena fair dengan abang? Abang main apa dengan dia?” soal seorang individu di TikTok.
“Main emas je dengan Aiman,” balas Abiejam ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi dengan kenyataan ringkas tersebut.
Ada antara mereka yang beranggapan ramai antara mereka yang cepat menjatuhkan hukum selepas mendengar Aiman mengeluarkan perkataan ‘main’ tersebut.
Terdahulu, timbul salah faham apabila Aiman mendakwa perlu berlaku adil dan ‘bermain’ dengan Abiejam pada waktu pagi sebelum menceraikan Siti Jamumall dengan talak dua.
Sebelum ini, Siti Jamumall mengesahkan sudah kembali rujuk bersama dengan bekas suaminya iaitu personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aiman Tak Kesah pada 6 Mei lalu.
Siti dan Aiman telah berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024.

Sebelum ini, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.

#cerai #Main #Siti Jamumall #Aiman Tak Kisah #Abiejam