Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Tidak Menghormati Istiadat" - Isu Provokasi Pelajar, Universiti Malaya Buat Laporan Polis

Hanafis Haris 15/10/2019 | 10:55 MYT
Baru-baru ini telah viral satu rakaman memaparkan seorang graduan mencetuskan provokasi ketika istiadat konvokesyen di Universiti Malaya (UM).
Perbuatan yang dianggap sebagai biadap itu kemudian menjadi perdebatan 'panas' netizen di media sosial.
Terbaru, pihak UM telah pun mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai respon berhubung isu tersebut.
Menerusi kenyataan itu, UM mengecam sekerasnya-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol dan kelancarannya.
Menurut pihak UM juga, ia telah mencemarkan nama baik universiti sebagai institusi pengajian tinggi.
"Sebagai sebuah universiti yang diiktiraf dunia selaku antara yang terbaik.
"Justeru apa yang dilakukan adalah biadab," katanya.
Jelas kenyataan itu juga, UM telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
"Kami kini menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk disiasat serta tindakan lanjut sewajarnya," katanya.
Terdahulu, pelajar tersebut mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan sepanduk bertulis 'Why VC must resign' ketika majlis konvokesyen tersebut.
Menerusi rakaman yang viral itu juga, pelajar itu turut berteriakkan supaya naib canselor meletakkan jawatan.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Malaysia #Viral #UM
;