,
Laman Utama

Tidak Mustahil Malaysia Ke Piala Dunia Empat Tahun Lagi

Izwan Isa
18/11/2022
14:50 MYT
Kempen Piala Dunia 2022 di Qatar bukan sahaja memberikan keceriaan kepada seluruh penyokong bola sepak global, malah turut membakar semangat barisan pemain skuad Harimau Malaya untuk membawa Malaysia layak ke kejohanan berprestij itu suatu hari nanti.
Pemain tonggak pertahanan negara Ahmad Khuzaimi Piee dan pemain muda V. Ruventhiran masing-masing percaya bukan mustahil untuk skuad Harimau Malaya beraksi di kejohanan berprestij itu selepas Malaysia menunjukkan peningkatan prestasi sejak dibimbing Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon.
Ahmad Khuzaimi yang beraksi bersama Negeri Sembilan FC berkata sekiranya rezeki berpihak kepada pasukan negara, Malaysia akan dapat beraksi di Piala Dunia 2026 sekali gus mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak negara.
"Bagi saya (soal) rezeki kita tak boleh nak jangka, mungkin empat tahun akan datang Malaysia layak ke Piala Dunia kita tak tahu. Saya harap komitmen pemain yang dipanggil untuk mewakili negara dapat membantu mencipta sesuatu untuk negara dan peminat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berapa lama lagi perlu menunggu untuk melihat Malaysia akhirnya membuat kemunculan sulung di Piala Dunia, pada majlis pelancaran jersi baharu skuad Harimau Malaya di ibu kota semalam.
Pada masa sama, Ruventhiran yang beraksi buat pasukan Petaling Jaya (PJ) City FC ketika diajukan soalan yang sama, turut percaya Malaysia akan beraksi di Piala Dunia tidak lama lagi.
"Tak lama lagi, sudah dekat (layak ke Piala Dunia)...kami percaya pada jurulatih sebagaimana kami percaya pada diri sendiri...kita pastikan dapat membanggakan negara, suatu hari nanti," kata pemain berusia 21 tahun itu yang meraih 'cap' antarabangsa pertama menentang Brunei Mei lepas sebelum berada dalam pasukan negara yang mencipta sejarah layak ke Piala Asia 2023 sebulan kemudian.
Sementara itu, penjaga gol skuad kebangsaan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed turut senada dengan kedua-dua rakan sepasukannya itu sambil menyifatkan sebagai pemain, mereka akan sentiasa berusaha keras mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi.
Keyakinan ketiga-tiga pemain negara itu tidak mengejutkan kerana Pan Gon pada sidang media pertamanya sebagai pengendali skuad kebangsaan pada Februari lepas, turut menyasarkan untuk membantu membawa Malaysia layak ke Piala Dunia suatu hari nanti.
Peluang Malaysia layak ke Piala Dunia kini semakin terbuka selepas rantau Asia diberikan sehingga sembilan slot pada penganjuran Piala Dunia 2026 yang buat kali pertama bakal menampilkan penyertaan sebanyak 48 pasukan berbanding 32 ketika ini.
Sebagai rekod, skuad bimbingan Pan Gon mencipta sejarah menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia Jun lepas, namun sehingga kini Malaysia belum pernah beraksi di Piala Dunia sejak edisi sulung pada 1930 di Uruguay selepas sering terkandas di pusingan kelayakan.
Piala Dunia di Qatar bakal berlangsung dari 20 November sehingga 18 Disember ini.
Sumber: Astro Awani menerusi Bernama
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar