Tidak Pakai Pelitup Muka, Perdana Menteri Thailand Dikompaun RM782
Amri Hassan
26/04/2021 23:20 MYT
26/04/2021 23:20 MYT
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha didenda 6,000 baht atau RM782 kerana tidak memakai pelitup muka semasa mesyuarat bersama penasihat pemerolehan vaksinnya.
Pihak berkuasa Bangkok pada Isnin menguatkuasakan perintah wajib pemakaian pelitup muka termasuk di dalam kenderaan yang melebihi seorang penumpang.
Laporan dibuat Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang, yang memuat naik entri di laman sosial Facebooknya memaklumkan telah membuat aduan terhadap Perdana Menteri itu kepada polis.
Siasatan mendapati Chan-o-cha bersalah kerana tidak memakai pelitup muka dan diminta membayar denda.
Pihak berkuasa tempatan menetapkan denda bagi maksimum bagi kesalahan itu sebanyak 20,000 baht dan minimum 6,000 baht. - Agensi