"Tidak Perlu Kutuk & Hina Saudara Sajat .." - Ustaz Abu Syafiq

Zulaikha Yusof
Julai 10, 2020 03:12 MYT
Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menyatakan dia menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai menyuruhnya menegur usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Sebelum ini, nama Sajat menjadi bualan ramai selepas berkongsi foto dan video memakai bikini di Instagram (IG).
BACA: Bonda Rozita Tegur Sajat Pakai Bikini
BACA: Pakai Bikini Tapi Ada Selulit? Ini Jawapan Balas Sajat!
BACA: Dakwa Sajat Melampau, PU Syed Minta Jakim & PDRM Ambil Tindakan!
Menurut Abu, daripada mengutuk dan menghina Sajat sebaiknya mendoakan supaya dia mendapat hidayah satu hari nanti.
"Tidak perlu kutuk dan hina saudara Sajat. Elok kita doakan baik-baik dan hidayah buat beliau.
"Ramai yang hubungi saya minta serang Sajat sekarang. Saya jawab.. Sajat juga manusia biasa tidak terlepas dari dosa dan noda," tulisnya.
Tambah Abu, sebelum terlambat sebaiknya sedar dengan kesalahan diri sendiri daripada menunding jari kepada Sajat.
"Tegurlah dia dengan berhikmah. Ramai juga yang bergelar Ustaz dan PU namun tidak berhikmah dalam berdakwah.
"Sebelum nak tunding jari pada Sajat. Jangan lupa 4 jari pada diri dulu. Bertaubatlah," tulisnya lagi.
#sajat #Bikini #Ustaz Abu Syafiq