Viral
Tidak Pernah Berlaku, Salji Turun Di Wilayah Al-Jawt Arab Saudi
Arab Saudi dikenali sebagai negara dengan iklim gurun panas atau gersang.
Namun perubahan cuaca yang ekstrem telah menjadikan salah satu wilayah di Arab Saudi turun salji buat pertama kali dalam sejarah, lapor Saudi Press Agency.
Wilayah yang mengalami fenomena luar biasa itu adalah gurun gersang di Al-Jawt.
BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Pakar Perubatan Terangkan Side Effects Yang Mungkin Dialami Kalau Kita Makan Salji
Menerusi video dan gambar yang tersebar di internet, gurun gersang tersebut telah bertukar lanskap dengan dipenuhi salji memutih. Orang ramai dilihat datang untuk melihat lebih dekat salji yang turun.Segelintir menggelarkan situasi tersebut sebagai perubahan cuaca manakala ada yang menyifatkannya sebuah keajaiban.
Sementara itu, jabatan cuaca di Riyadh mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk tempoh beberapa hari akan datang.
Ramalan kaji cuaca menjangkakan ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang mungkin membahayakan penduduk.
BERITA TRENDING: Mak Kiah Ferry Trending Di Jepun, Selamba Main Salji Pakai Baju Kelawar - “Love! Sumpah Nak Tahu Berapa Umur Dia”
BERITA TRENDING: Dihempap Bajak Salji, 'Hawkeye' Avengers Semakin Pulih
BERITA TRENDING: [FOTO] Amerika Syarikat Dilanda Ribut Salji, Penduduk Sifatkan Macam Medan Perang
Must-Watch Video