HIBURAN
Tidak Pernah Tunjuk Diri Sakit, Neelofa Sifatkan Ibu Seorang Wanita Kuat & Tabah - “Dia Tak Ada Perangai Mengada Atau Manja”
Selebriti dan usahawan Neelofa menyifatkan ibunya iaitu Datin Noor Kartini seorang wanita yang kuat dan tidak pernah menunjukkan dirinya dalam keadaan sakit selepas disahkan menghidap penyakit kanser payudara.
Sukar terima kenyataan
Menurut Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 36, dia dan adik-beradiknya pada awalnya sukar untuk menerima kenyataan mengenai keadaan ibunya itu.
“Ketika awal tahu saya seperti dalam keadaan seperti tidak mahu terima kenyataan. Mama seorang wanita yang kuat. Dia tak ada perangai mengada atau manja.
“Cuma kami adik-beradik jaga emosi dia, tidak banyak berkongsi cerita yang boleh beri tekanan pada dia,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Didiagnos Kanser Payudara, Ibu Neelofa Syukur Dapat Tahu Awal - “Anak-Anak & Suami Menangis…”
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Amalan Berdoa, Neelofa Dedikasi Satu Doa Khusus Dalam Setiap Sujud - “Kalau Solat 4 Rakaat, Saya Akan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Kesal Scammer Guna Foto Ibu Dan Adik Tipu Jemaah Di Tanah Suci - “Tidak Akan Mewah Dan Berkah Duit Dari Cara Haram”
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran produk pencuci pakaian Daia 3 Dalam 1: Softergent Lavender yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Difahamkan, Kartini telah selamat menjalani pembedahan dan kini masih dalam proses pemulihan.
Titip pesanan
Isteri kepada penceramah bebas, PU Riz arau Haris Ismail turut meluahkan rasa syukur apabila penyakit ibunya itu dikesan awal dan mendapat rawatan sebaiknya.
Dalam masa sama dia juga berkongsi nasihat kepada para wanita agar selalu melakukan pemeriksaan kesihatan.
“Tak kira usia sekalipun, kita kena lakukam pemeriksaan setiap tahun.
“Lebih baik keluar duit untuk pemeriksaan berbanding belanja besar untuk rawatan penyakit yang kita tahu di saat-saat akhir,” jelasnya.
Pada Februari lalu, Kartini mendedahkan dia menghidap kanser payudara tahap satu selepas melakukan ujian biopsi.
Sementara itu berkongsi tentang kerjasama dengan produk Diai, Neelofa dilantik sebagai duta kempen bagi rangkai baharu wangiann lavender yang dikeluarkan.
Usahawan ini juga memberitahu dia telah menjadi penggu produk berkenaan sejak bangku sekolah sehingga kini.
Must-Watch Video