Aktres jelita Farah Nabilah mendedahkan akan berkunjung ke Pulau Pinang terlebih dahulu bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus untuk berbulan madu.

Kata Farah dia dan Amirul masih mempunyai tuntutan kerja yang harus diselesaikan.

"Perancangan bulan madu belum ada apa-apa lagi. Saya bakal memulakan penggambaran begitu juga dengan Amirul yang bekerja.

"Apa yang pasti selepas berbulan-bulan diet, kami akan ke Pulau Pinang dulu untuk mencari makanan yang menarik di sana.

"Dah berbagai jenis makanan berlegar dalam fikiran kami," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Farah dan Amirul membuat keputusan memilih rumah yang bakal didiami lokasinya berdekatan dengan keluarga.

"Sebenarnya rumah kami dalam pengubahsuaian dan bakal berpindah lagi tiga bulan.

"Lagipun keluarga macam belum bersedia nak melepaskan kami.

"Saya anak yang tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga. Begitu juga dengan Amirul yang rapat dengan mak dan keluarga.

"Jadi saya mencari rumah yang dekat dengan keluarga supaya senang untuk melawat dan meluangkan waktu bersama,” katanya lagi.

Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

BACA: Terima Wang Hantaran RM77,777.77, Farah Nabilah Bergelar Isteri Juruterbang

Terdahulu, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis nikah pada hari yang sama.

Detik perkenalan dua merpati sejoli ini bermula apabila diperkenalkan oleh teman rapat, pelakon Izara Aishah tujuh tahun lalu.