Pendakwah bebas popular, Ustazah Asma Harun tidak menyangka menerima kehadiran pelakon Fathia Latif ke ceramahnya.

Lebih membuatkan Asma kagum ialah kerana Fathia sanggup menunggunya lebih sejam usai sesi ceramah tersebut semata-mata untuk berjumpa dengannya.

“Subhanallah, Fathia ke ni, ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok. Maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya.

“Sejam lebih Fathia dan kawan-kawannya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah,” katanya.

Asma berkongsi perkara terbabit di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut beliau memuat naik fotonya bersama Fathia yang ketika itu meminta autograf serta bergambar bersama.

Katanya lagi, Fathia turut meminta Asma untuk mendoakannya menjadi lebih baik dan beliau turut memberi pesanan kepada pelakon tersebut.

"Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak-banyak atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah.. Rasa nak peluk-peluk je", tak semena-mena kami sama-sama mengalirkan air mata.

"Fathia, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh.

"Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik-baik, kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa Fathia.

“Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, Fatiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik,” katanya lagi.

Tambah Asma lagi, dia sangat mengalu-alukan kehadiran artis yang mahu menyertai ceramahnya atau mahu bersahabat dengannya tanpa mengambil kisah asal-usul atau penampilan mereka atau sebagainya.

“Subhanallah, saya sangat mengalu-alukan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi okay je sebenarnya..

“Jemputlah datang ke galeri kami di Senawang, Negeri Sembilan, Insya-Allah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi-lagi kita nak tolong menolong di akhirat sana.

“Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke? SubhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang-kadang masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhwah,” katanya lagi.

View this post on Instagram

"SubhanAllah, @fatiyalatiff ke ni.. ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok..maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya" Sejam lebih fathiya dan kawan²nya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah. "Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak² atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah.. Rasa nak peluk² je", tak semena² kami sama² mengalirkan air mata. "Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh..?" "Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik², kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya.." Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, fathiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik. SubhanAllah, saya sangat mengalu²kan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi ok je sebenarnya.. done claim ?. Jemputlah datang ke galeri kami di senawang, N9, insyaAllah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi² kita nak tolong menolong di Akhirat sana. Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke ?, subhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang² masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhuwah ❤️?? Asma' Harun #UAHSahabatDuniaAkhirat

A post shared by Ustazah Asma' Harun (@ustazahasmaharun) on