Penyanyi Korea yang terkenal dengan suara merdu, IU akui tidak minum air yang boleh membuatkan tekaknya berasa tidak selesa.

Menurut IU, itu merupakan salah satu cara untuk menjaga suara dan juga vokalnya.

“Saya tidak akan melakukan sebarang hal yang boleh membuatkan tekak saya menjadi teruk. Selain itu saya juga tidak berminat untuk minum air berkarbonat dan juga minuman beralkohol.

“Cuma saya hanya akan minum pada acara-acara tertentu dan majlis istimewa. Itu pun dalam kuantiti yang sedikit dan tidak menyebab tekak saya berasa tak selesa.

“Saya juga tidak gemarkan bau kafein dan rokok. Selain itu saya juga tak suka bercakap kuat-kuat,” jelasnya.

IU mendedahkan perkara itu menerusi program KBS Cool FM, Kang Ha Na Volume Up yang bersiaran baru-baru ini.

Terdahulu, IU semenagnya terkenal sebagai permata hati Korea yang mempunyai suara emas.

Sebelum ini, IU juga telah hadir ke Malaysia buat pertama kali untuk konsert solonya, ‘Love, Poem’ pada Disember 2019.