Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Tidak Suka Makanan Yang Dibeli, Anak Bunuh Ayah Kandung

Gempak 05/12/2024 | 18:55 MYT

Kejadian pembunuhan sesama ahli keluarga terjadi lagi di Indonesia, kali ini berlaku di Ponorogo, Jawa Timur, apabila seorang anak membunuh ayah kandungnya pada Sabtu lalu.

Media tempatan melaporkan, insiden berlaku di rumah mereka yang terletak di Kelurahan Paju Ponorogo, pada Sabtu malam waktu tempatan.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ponorogo, AKP Rudi Hidayanto, motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada makanan yang dibeli oleh mangsa tidak memenuhi selera suspek.

"Mangsa (ayah suspek) sudah membeli makanan yang siap dibungkus kepadanya, namun apabila dibuka suspek tidak mahu menerima makanan tersebut.

"Suspek kemudian menjadi emosi dan melakukan pembunuhan itu," katanya kepada wartawan pada Selasa.

Mangsa dikenali Bonamin, 67, ditemui tidak bernyawa di lokasi kejadian selepas dibunuh anaknya, Rido.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tujuan bedah siasat sementara suspek kini ditahan polis bersama beberapa barang bukti.
Sumber: Sinar Harian

#Bunuh #Makanan #Jenayah