Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tidak Takut Diboikot, Lee Young Ae Derma RM200,000 Pada Palestin

Maliah Surip
22/11/2023 14:55 MYT
Aktres Lee Young Ae menzahirkan kepeduliannya terhadap Palestin dengan mendermakan RM200,000 kepada mangsa yang terlibat dalam konflik berdarah itu.

Dana tersebut disumbangkan menerusi pasukan Palang Merah Korea Selatan dengan kerjasama palang merah antarabangsa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, sumbangan Young Ae akan digunakan untuk tujuan perubatan kanak-kanak yang tercedera di Gaza.

Tindakan menyalurkan bantuan kepada Palestin membuktikan dirinya langsung tidak takut diboikot atau kerjaya akan terjejas.

Young Ae malah mengatakan dana itu diberikan agar mangsa terutama kanak-kanak di Gaza mendapat bantuan sewajarnya.

“Hati saya remuk melihat peperangan yang telah mengorbankan banyak nyawa terutama kanak-kanak.

“Saya harap dana tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak yang kehilangan keluarga dalam peperangan,” ujar Young Ae seperti dilaporkan AllKPop.

#Palestin #Lee Young Ae
;