Hiburan

Tidak Terkesan Covid-19, Filem Eye On The Ball Tetap Akan Ditayangkan

gempak
Azwa Rahman
11/03/2020
08:31 MYT
Sponsor Banner
Tidak Terkesan Covid-19, Filem Eye On The Ball Tetap Akan Ditayangkan
Filem dokumentari Eye on The Ball (EOTB) tidak akan ditangguhkan walaupun Malaysia mencatatkan 129 jumlah keseluruhan kes coronavirus.
Menurut pengarah filem Yihwen Chen, filem ini tetap akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada Khamis minggu depan.
“Dalam keadaan penularan Covid-19 sekarang, ia perkara yang tidak dijangka. Tiada siapa yang sangka ia akan menular dengan begitu cepat.
“Pihak kami sudah buat beberapa penilaian dan segala persiapan sebagai langkah-langkah pencegahan.
Wen ditemui ketika majlis tayangan gala filem EOTB yang berlansung di TGV One Utama, Petaling Jaya pada Selasa.
Tambah Wen lagi, dengan menyajikan filem dokumentari yang menghiburkan, filem EOTB pasti mendapat tempat dalam kalangan pencinta filem tempatan.
“Dengan ada jalan cerita yang kuat serta karakter-karakter yang boleh membuatkan penonton terhibur, filem ini boleh menyerlah dalam kalangan filem-filem popular lain.
Terdahulu, filem ejen penyiasatan British James Bond, No Time To Die diumumkan bakal ditangguhkan ke November 2020 atas sebab risiko kerugian kutipan pada hari tayangan yang sepatutnya dijadualkan pada April ini.
EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sekumpulan anak muda cacat penglihatan bertekad untuk menggapai impian menjadi pemain bola sepak profesional di pawagam tempatan bermula 19 Mac 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live