Tidur Dengan Anak Patung Seperti Teddy Bear Haram Kata Ustaz Azhar Idrus
Maliah Surip
09/01/2024 08:50 MYT
09/01/2024 08:50 MYT
Ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya tidak membiarkan anak-anak mereka tidur dengan patung permainan seperti ‘teddy bear’.
Ini kerana menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, hukum tidur dengan patung mainan tersebut adalah haram.
“Sekarang ini ramai sangat budak perempuan tidur dengan patung, hukumnya haram, tak boleh. Patung-patung ini hanya untuk kanak-kanak bermain.
"Pasal apa anak-anak dara kita umur 18 ke 20, awek-awek tidur letak patung ‘bear’ lah, ‘adudu’ lah atas kepala. Sebab mereka tengok daripada artis-artis, ayah-ayah tengok balik bilik anak dara, kalau ada patung-patung hukumnya haram,”katanya pada satu sesi ceramah sebelum ini lapor Kosmo! Online!
Mengulas lanjut, Azhar berkata, rumah yang mempunyai patung seperti itu tidak akan dikunjungi oleh malaikat rahmat.
“Yang boleh patung permainan ini adalah kepada anak yang belum baligh. Hanya anak kecil ini dibenarkan bermain patung.
"Satu lagi dalam kereta gantung patung-patung contohnya patung beruk (monyet) dua ekor, depan ‘spider’ depan lembu.
“Semua ini (gantung patung dalam kereta) tidak boleh. Yang boleh letak atas seat (kerusi) biar anak kecil bermain, supaya dia tak kacau kita tengah memandu,”ujarnya.