Berita
"Tidur Nak Peluk Pun Tak Boleh Dulu" - Isteri Sifatkan Rahim Sepahtu Makin Seksi Lepas Kurus
Isteri kepada pelawak Rahim Sepahtu, Lily Khay meluahkan rasa gembira melihat perkembangan positif suaminya yang kini berjaya menurunkan berat badannya.
Bahkan, dedah Lily, dia juga menyifatkan penampilan suaminya kini juga dilihat lebih seksi jika dibandingkan ketika mereka mula berkahwin.
"Tengok gambar terkini laki teringat ketika dia sewaktu bersaiz begini dulu. OMG!
"Sejujurnya suka tengok suami sekarang, makin hari makin seksi. Betapa bermotivasinya dia kan.
"Tapi kan aku pula geram tengok dia comel sangat, tu pasal kakak (anak) suka tepuk bontot dia, 'kerjakan' dia, sakat dia, ye lah uols, dulu di awal perkahwinan ni, tengok lah saiz abang beratus kilogram kot," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut, Lily berkongsi gambar lama suaminya yang ketika itu masih lagi mengalami masalah berat badan.
Bahkan, dedah Lily suaminya dulu juga terpaksa tidur menggunakan bantuan mesin oksigen akibat mengalami gangguan pernafasan.
"Keadaan paling teruk bila tidur pun pakai mesin sleep apnea (gangguan tidur akibat pernafasan terhenti).
"Sah-sahlah tidur nak peluk pun tak boleh dulu. Takut-takut leher aku yang terbelit wayar mesin tu. Dia buka oksigen, nanti aku yang padam.
"Namun, dia sekarang dah makin fit, lebih nampak muda dan lebih sihat, Alhamdulillah," katanya.
Sebelum ini, Rahim pernah mendedahkan berat badannya mencecah sehingga 125 kilogram.
Bagaimanapun, dia kemudian mula menjalani gaya hidup sihat sebelum pernah menurunkan berat lebih 16 kilogram dalam tempoh sikat.
Bahkan, pada 2018, Rahim juga pernah menjalani pembedahan bariatrik atau 'ikat' perut bagi menangani masalah berat badannya.
Sebelum ini, Rahim dilaporkan mendirikan rumah tangga dengan Lily yang merupakan isteri keduanya pada 2015.
Berita mengenai perkahwinan itu hanya diketahui umum selepas lebih setahun mereka hidup bersama.