Raya nak dekat, masing-masing pasti mahukan gambar yang cantik dan Insta-worthy.

Namun dalam pada itu ramai juga yang masih terpinga-pinga aplikasi apakah yang boleh digunakan untuk mencantikkan lagi imej raya yang diambil.

Bagi memudahkan anda, kami syorkan tiga aplikasi ini,

#1 Lightroom




Aplikasi yang paling efisyen dalam menghasilkan ton warna yang kick.

Malah kepelbagaian fungsi dalam lightroom ini menjadikan ia pilihan terbaik. Anda boleh bermain dengan warna dengan keadah ini.

Pilih Color > Mix > Adjust warna pada jenis hue, saturation dan luminance.

Anda boleh lihat tutorial di bawah jika masih keliru dengan fungsi sebenar Lightroom

#2 Phonto


Mungkin anda mempunyai aplikasi untuk meletakkan teks, namun rasanya tiada yang sehebat Phonto.

Aplikasi ini membenarkan anda memuat turun font di internet dan kemudian digunakan pada aplikasi ini.

Sebaik anda memuat turun aplikasi Phonto, pergi ke web browser anda dan kemudian taip Dafont.

Pilih font terbaik pada laman Dafont dan muat turun sebelum kembali ke Phonto untuk memasang font terbabit.

Ini antara hasilnya:


#3 Canva




Antara aplikasi yang paling mudah kerana ia mempunyai pelbagai layout terbina di dalamnya.

Untuk gambar berkaitan raya, anda hanya perlu lakukan carian 'Eid Mubarak' dan pilih layout yang berkenaan di hati.

Anda kemudian boleh mengubah gambar 'background' dengan gambar raya and sendiri serta teks yang bersesuaian dengan tema raya.

Mudah bukan? Dengan hanya tiga aplikasi ini, gambar raya anda pasti lebih awesome!